Filters

Location

me

Job Type

Full-time

Part-time

Contractual

Hourly

Intership

Assistant Company Secretary Shah Alam

Harris Bakar Management Sdn Bhd

Harris Bakar Management Sdn Bhd Shah Alam Selangor Malaysia

2 months ago

TUGASAN BERKANUN
1. Membantu Setiausaha Syarikat bertindak sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah.
a) Memberi Nasihat dan Pendapat kepada Lembaga Pengarah berdasarkan pematuhan kepada Memorandum dan Artikel Persatuan syarikat, Perlembagaan dan Akta Syarikat 2016.
(Ulasan : Anggota kerja perlu merujuk dengan Pengurus/Setiausaha Syarikat sekiranya beliau tidak pasti atau memerlukan penjelasan terhadap sesuatu tafsiran undang-undang atau peraturan )
b) Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kerja , anggota kerja akan melaksanakan segala usaha dan tindakan untuk memahirkan diri di dalam aspek perundangan syarikat dan peraturan berkaitan.

2. Pematuhan Keperluan Berkanun dan Penasihat
a) Mengeluarkan pekeliling dan peringatan kepada pihak syarikat pelanggan berkaitan perkara-perkara pematuhan Akta Syarikat dari masa ke semasa .
b) Membantu Setiausaha Syarikat sebagai pihak perhubungan rasmi untuk syarikat pelanggan untuk berkomunikasi, menyediakan, dan... mengemukakan Penyata Berkanun dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
c) Memastikan bahawa sebarang perubahan dalam maklumat berkanun syarikat diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)bersama-sama dengan dokumen yang telah disiapkan dengan sempurna tepat pada masanya.

3. Penyediaan Mesyuarat Lembaga Pengarah/Mesyuarat Pemegang Saham
a) Dengan arahan daripada Pengurus/Setiausaha Syarikat , Pembantu Setiausaha Syarikat (Assistant COSEC) dikehendaki menghadiri mana-mana Mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Pemegang Saham dan memberi nasihat am mengenai hal-hal berkaitan dengan tatacara dan peraturan Mesyuarat serta hal-hal yang berkaitan dengan Akta Syarikat atas isu-isu yang dibincangkan
b) Membuat penghantaran notis (resolusi pekeliling) dan berhubung dengan para pemegang saham mengenai sebarang mesyuarat pemegang saham dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

4. Serah Simpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit
a) Menyediakan Penyata Tahunan Syarikat Pelanggan daripada senarai tugasan dan membuat serah simpan dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan Akta Syarikat 1965 bagi tempoh 2016 dan dan Akta Syarikat 2016 bagi tempoh 2017 ke atas samada melalui kaunter mahupun melalui dalam talian (Sistem MBRS) .
b) Menyerah simpan Penyata Akauan Kewangan Beraudit Syarikat Pelanggan daripada senarai tugasan dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan Akta Syarikat 1965 bagi tempoh 2016 dan dan Akta Syarikat 2016 bagi tempoh 2017 ke atas ke atas samada melalui kaunter mahupun secara Elektronik (Sistem MBRS).

5. Pengawasan Dokumen Berkanun , Rekod dan meterai syarikat
Membantu Pengurus/Setiausaha Syarikat memastikan penyimpanan semua rekod-rekod berkanun syarikat pelanggan disimpan dengan kemas dan teratur termasuk meterai syarikat berada di dalam keadaan selamat dan terkawal.
6. Memastikan Kerahsiaan Maklumat Syarikat Pelanggan
Pembantu Setiausaha Syarikat sentiasa memastikan segala dokumen dan Maklumat berkanun syarikat hanya boleh diakses oleh pihak yang berkaitan dan tertentu sahaja . Segala Maklumat adalah rahsia dan perlu dipastikan ianya tidak didedahkan sengan sewenang-wenangnya samada dalam penyimpanan rekod mahupun di dalam proses penyediaannya . Dalam ertikata lain Pembantu Setiausaha Syarikat sentiasa mendokong prinsip Urus Tadbir Korporat dan Amalan serta Etika Kesetiausahaan Syarikat yang baik .
• EPF
• SOCSO
• Annual Leave
Shah Alam Selangor Malaysia

Salary Criteria

Suggestions

people

Robert.D

people

Robert.D

people

Robert.D

people

Robert.D

people

Robert.D

Copyright © 2023 Fonolive. All rights reserved.